Profile

Profile

MEJ JEN DATO’ AHMAD TARMIZI BIN ELIAS

Mejar Jeneral Dato' Ahmad Tarmizi bin Elias; DIMP PAT KAT KMN AMN P/M PPS PPA MSc in CMR & NS (USA) PSC TUDM (370625) (Bersama) telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Cawangan Urusetia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mulai 21 Dis 1974 sehingga 11 Feb 2017 Dalam menyempurnakan tempoh perkhidmatan selama 42 tahun, beliau juga telah berkhidmat di Repulauan Mindanao, Filipina dari tahun 2006 sehingga tahun 2007 sebagai Timbalan Pemantau Antarabangsa.


Beliau telah bersara daripada perkhidmatan Angkatan Tentera di bawah Peraturan 42(1)(a)-Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan Bagi Angkatan Tetap) 2013. Beliau merupakan seorang pegawai kanan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas di dalam bidang pengurusan pentadbiran, sumber manusia,keselamatan dan latihan. Selain itu, beliau telah menyumbangkan tenaga dan idea-idea yang bernas serta berinovasi bagi kepentingan TUDM amnya dan ATM khasnya.


Di atas kecekapan dan kebijaksanaan serta sikap beliau yang jujur, iklas dan tegas dalam tugasnya, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tertinggi di dalam Urusetia iaitu Asisten Ketua Staf Tadbir sebelum beliau bersara dari perkhidmatan. Disamping menjalankan tugas-tugas utama, beliau juga seorang yang aktif di dalam aktiviti sukan dan aktiviti social kemasyarakatan serta kebajikan.


Dengan pengalaman, pengetahuan dan sikap yang dimilikinya, saya yakin beliau Akan terus menyumbang bakti dan pasti akan menjadi satu asset kepada apa jua organisasi yang akan beliau ceburi kelak. Angkatan Tenter Malaysia merakamkan setinggi-tingi penghargaan di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah beliau curahkan.