Profile

Profile

YOGESHWARAN A/L ULAGANATHAN

Encik Yogeshwaran dilahirkan pada 1979. Kerjaya beliau bermula selepas menamatkan pendidikan tingginya pada 1996. Beliau berkecimpung dalam Industri Kejuruteraan Penerbangan (Aviation) di Singapura. Pada tahun 2010 beliau memulakan kerjayanya di dalam Industri Kawalan Keselamatan di Malaysia di Freight Watch Patomoto Security sebagai Pengurus Operasi di Ibu Pejabat, Seremban, Negeri Sembilan.


Setelah melengkapi diri dengan pengalaman dalam industry maka beliau melanjutkan kerjayanya sebagai Pengurus Cawangan di bawah Syarikat Khidmat Jujur Security. Beliau berpengalaman menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan premis perniagaan, pangsapuri, pusat beli belah dan sekolah swasta.


Beliau bersama rakan pengarah ingin menjadikan Asas Kukuh Security Services Sdn Bhd (AKSS) sebuah syarikat keselamatan yang berjaya dan berpotensi tinggi di persada dunia. Juga menyenaraikan AKSS di Bursa Saham KLSE.